Friday, February 25, 2011

☆¨¯`♥ ATAS NAMA CINTA..☆¨¯`♥


♥(¯`•.¸ "Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."Atas nafas cinta...Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..Jihad CINTA buatMu ya Rabb...Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..Amin Ya Rabbal Alamin''¸ .•´¯)♥.

♥(¯`•.¸
Bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah mengira setiap titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah petunjuk jalan. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah... ¸ .•´¯)♥

¨¯`♥ Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Dan Kerana Cinta pada Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..
¨¯`♥

Wednesday, February 23, 2011

10 PeTaNDa Dia JoDoH KiTa

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Tuesday, February 22, 2011

TeSt

Ya Allah, terasa letih sungguh..
dgn kelas yg agak padat dan test yg memerlukan tenaga,
seharian tidak pulang ke rumah,
hanya di universiti sahaja, memang memenatkan,
test yg memerlukan kita memerah otak,
haha, dgn keadaan yg tidak bersedia,
hmm, minggu ni..boleh dikatakan non-stop dgn test..
harap-harap lah boleh buat...chaiyok !
fuhhhh, letih sungguh letih...
tp !!! apakan daya, sebagai seorang pelajar itulah tanggungjawab yg perlu di pikul,
ingat !!! hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih..
apa-apa pown, menuntut ilmu adalah sgt dituntut oleh Islam,
demi melahirkan masyarakat yg berjaya dunia dan akhirat..
ameen...

Monday, February 21, 2011

MSABS

You may be out of my sight,
But not out of my heart.
You may be out of my reach,
But not out of my mind.
I may mean nothing to you,
But you will always be special to me. :-)


:::> Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu,
Apakah bisa ku terus melangkah
Sepihan hidupku kan ku bangun diatas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku <3

Saturday, February 19, 2011

~6 TaHuN~ ^_*

hari ini genap 6 tahun aku mengenali dirinya,
tanggal 19 feb 2005, yang tidak mungkin aku lupakan,
mungkin dikau tidak ingat akan tarikh ini,
TETAPI !!!
hari, tarikh, bulan, tahun dan masa akan selalu aku ingati..
ia merupakan kali pertama kita berbual didalam telefon,
dan buat pertama kalinya aku melafazkan sayang pada kaum ADAM,
akan aku pastikan hati ini tidak beralih arah,
walaupun dikau jauh beribu batu,
aku selalu mendoakan kesejahteraan dirimu,
bak kata pepatah 'jauh dimata, dekat dihati'..
adakah ia benar ???

Friday, February 18, 2011

Buat Kali Terakhir

Di petang jumat yang indah,
aku baru sahaja sampai di Shah Alam,
belum pun sempat aku masuk ke dalam rumah,
ku lihat si dia telah siap sedia untuk bergerak ke KLIA,
dengan memakai kemeja putih beserta blazer hitam dan seluar slack,
ku lihat ketampanan wajahnya buat kali terakhir,
sebelum berangkat ke luar negara demi menuntut ilmu,
aku disini sentiasa mendoakan kejayaanmu disana,
semoga dikau pulang dengan segulung ijazah,
akan ku nantikan kepulanganmu dengan penuh sabar,
InsyaALLAH..

Thursday, February 17, 2011

PeRcaYa aDa CiNta

'Duhai angin, duhai bintang, kirimkan salamku buat si pungguk yang tak pernah mengerti.
Yang tidak pernah tahu bulan ini sudah lama menaruh hati.
Begitu lama menyimpan perasaan, agar sang pungguk sentiasa menemani sang bulan, walaupun adakalanya sang bulan dilindungi awan...dan di kala bulan pergi melengkapkan putaran alam.
Andainya kau pungguk yang setia, temanilah aku walau ke hujung dunia...'

Wednesday, February 16, 2011

TeNtaNg D!R!nYa

Setiap hembusan nafasku, hanya ada kamu..

Setiap denyutan jantungku, menyebut namamu..

Setiap coretanku, membicarakan tentangmu..

Setiap langkah hidupku, terkenang kamu..

Setiap sujudku pada-NYA, mendoakanmu..

Hanya ada kamu didalam hatiku ini,

Tiada yang lain yang bisa menandingi dirimu,

Engkaulah yang pertama dan terakhir dalam hidupku,

Hingga ke akhir hembusan nafasku,

Bagiku, engkau adalah sesuatu yang terindah dan tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata,

Ya Allah, jika dia adalah jodohku,

Tetapkanlah hatiku padanya dan tetapkanlah hatinya padaku..

TETAPI...

Jangan biarkan kasihku padanya melebihi kasihku kepada ILLAHI..